Minggu Saham

Picture

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), is PNB's social effort to educate the public on investment and encourage them to actively participate in the country's unit trust industry.

MSAM aims to educate and enhance public understanding on investment, especially the relationship between risks and returns from investment. MSAM also aims at positioning unit trust as the main choice of investment instrument, in line with the objective of long-term investment for long-term strategy.








Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 – Kuching Sarawak

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) merupakan nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sepanjang 10 tahun penganjurannya, agenda tahunan negara ini telah berjaya meraih penyertaan lebih 1.7 juta pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Idea mengadakan MSAM secara tahunan adalah berikutan kejayaan penganjuran Minggu Pelaburan Bersama PNB pada tahun 1999. Sejak diperkenalkan pada 20 April, 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, dengan catatan 60,000 pengunjung, MSAM telah menjelajah ke beberapa buah negeri, iaitu di Kota Bharu, Kelantan (2001 – 190,000 pengunjung), di Alor Star, Kedah (2002 – 160,000 pengunjung), di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (2003 – 85,000 pengunjung), Kepala Batas, Pulau Pinang (2004 – 200,000 pengunjung), Seremban, Negeri Sembilan (2005 – 155,000 pengunjung), Kuala Terengganu (2006 – 255,000 pengunjung), Kuantan, Pahang (2007 – 200,000 pengunjung), Melaka (2008 – 249,000 pengunjung) dan Johor (2009 – 156,000 pengunjung).

Tahun ini merupakan penganjuran MSAM kali yang kesebelas. Buat pertama kali, MSAM akan melebarkan sayap ke Malaysia Timur untuk bertemu dengan masyarakat Sarawak. MSAM 2010 dengan tema “Pemangkin Pelaburan 1Malaysia” akan berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak bermula 20 April hingga 26 April, 2010.

Berteraskan penyertaan dan sokongan menyeluruh semua pihak yang terlibat dalam industri unit amanah, termasuk kerajaan negeri, syarikat-syarikat Kumpulan PNB, badan-badan kawal selia, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pihak media, MSAM diterjemahkan melalui kaedah ‘interaktif dan kreatif’, menggabungkan pameran dan aktiviti-aktiviti yang berteraskan pendidikan pelaburan dan hibur didik.

Melalui MSAM, masyarakat didedahkan tentang faedah pelaburan menerusi pemilikan ekuiti oleh PNB dalam syarikat-syarikat unggul dan strategik yang merupakan peneraju pelbagai sektor ekonomi utama negara. Kelebihan atau faedah ini mampu ditawarkan oleh PNB sebagai antara institusi pelaburan terpenting negara.

Objektif utama penganjuran MSAM ini adalah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat Malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka. Dalam erti kata lain, untuk melahirkan lebih ramai PELABUR BIJAK di kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu, para pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan hibur didik yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Menariknya, aktiviti-aktiviti yang diadakan turut menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi.

Jangan lepaskan peluang ini. Kunjungilah MSAM 2010!

Hubungi sekretariat  

Picture

Minggu Saham Amanah Malaysia 082 – 443 345
082 – 443 327
082 – 443 257

Permodalan Nasional Berhad
Tingkat 38, Menara PNB
201-A, Jalan Tun Razak,
P.O.Box 10745
Kuala Lumpur